Sunday, March 10, 2019

Kesan Kesihatan Akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas

Apakah kesan kepada kesihatan kita yang berkaitan dengan cuaca yang panas ini?

Cuaca panas ini dianggap sebagai tekanan fizikal kepada badan kita. Kesannya adalah berbagai dari sederhana kepada teruk. Contohnya strok haba yang mampu membawa maut.

Masalah kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu yang disebabkan oleh :-
  • Pakaian yang pelbagai jenis.
  • Keadaan pekerjaan.
  • Aktiviti fizikal
  • Beban kerja
  • Kumpulan umur 
  • Kecergasan individu

Kesan-kesan kesihatan termasuk :-
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)

Bagaimanakah kita ingin mengetahui jika kita menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan cuaca panas?

Terdapat tanda-tanda dan gejala yang kita boleh kenal pasti sekiranya anda menghadapi masalah ini. Ianya bergantung kepada keadaan sesuatu masalah. Tanda-tandanya termasuk :-
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot-otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Keadaan yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri)


Pencegahan

Bagaimanakah caranya untuk mencegah ataupun mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas?

Pepatah ada mengatakan "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Antara tip-tip pencegahan adalah :-

  • Pastikan anda minum air masak dengan kerap, jangan tunggu sehingga betul-betul dahaga baru minum.
  • Minum air isotonik jika terlalu letih, kerana ianya boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang akibat peluh tetapi jangan minum berlebihan.
  • Kurangkan aktiviti luar rumah.
  • Sentiasa sejukkan badan anda dengan kerap mandi.
  • Pakai pakaian yang tidak tebal dan kain yang selesa.
  • Gunakan payung atau topi semasa berada diluar.
(Sumber : MyHealth.gov.my/cuaca panas dan kesihatan)


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari MyHealth.gov.my, kerana disitu terdapat lebih banyak maklumat mengenai cuaca panas dan kesan terhadap kesihatan kita. 

Pada masa kini, tidak kira diluar ataupun di dalam rumah, kita akan masih terasa bahang daripada cuaca yang semakin panas. Oleh itu, mari kita kurangkan bahang panas dari dalam rumah kita agar kita berasa lebih selesa berada di dalam rumah. 

Cara untuk kurangkan haba panas dari dalam rumah anda tanpa meningkatkan penggunaan penghawa dingin adalah dengan menggunakan penebat haba yang berkesan dalam menghalang haba daripada masuk kedalam rumah anda.

Ingin tahu caranya? KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment