Tuesday, February 26, 2019

Kesan Penggunaan Penghawa Dingin (Aircond) Terhadap Kesihatan

Antara faktor utama penggunaan penghawa dingin adalah kerana negara kita, Malaysia, yang mempunyai iklim tropika. Apa itu iklim tropika? Iklim tropika merupakan iklim yang hanya mempunyai musim kemarau dan musim tengkujuh. Ini berlaku kerana pergerakan jalur hujan tropika (zon pertemuan antara tropika) yang berulang alik di antara tropika utara dan selatan sepanjang tahun, menyebabkan musim kemarau dan musim tengkujuh.

Dengan majoriti panas lebih daripada hujan/sejuk, membuatkan kita berasa panas walaupun berada di dalam rumah. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita menggunakan penghawa dingin bagi menyejukkan ruangan rumah anda. Akan tetapi, jalan penyelesaian ini mampu memberi kesan terhadap kesihatan kita sehari-hari. 
*Gambar hiasan

Tahukah anda? Bahawa sainstis telah membuat ujikaji dan telah menemui fakta, walaupun terdapat banyak manfaat kepada penggunaan penghawa dingin, namun ianya juga mampu memudaratkan kesihatan kita.

Berat Badan Meningkat
Suhu yang selesa telah pun ditambah oleh penyelidik sebagai "Top 10" penyumbang kepada obesiti. Disebabkan suhu yang selesa, badan kita tidak perlu menggunakan tenaga langsung untuk memanaskan atau menyejukkan dirinya, sekaligus menyebabkan peningkatan lemak yang tersimpan.


*Gambar hiasan

Microbes yang Membahayakan
Penghawa dingin memerlukan penyelenggaraan yang berlanjutan, kerana persekitaran yang lembab di dalam penapis mampu menggalakkan pertumbuhan Microbes yang membahayakan dan telah pun diketahui sebagai penyebab penyakit merbahaya seperti penyakit Legionnaire. Penyakit Legionnaire ini merupakan penyakit yang menyerang pernafasan menyebabkan anda batuk ringan, demam dan pneumonia (kesukaran bernafas). Penyelenggaraan ini selalu dilupakan oleh kebanyakan pengguna menyebabkan penapis penghawa dingin dipenuhi dengan kuman-kuman yang merbahaya.


*Gambar hiasan

Sick Building Syndrome (Sindrom Bangunan Sakit) [SBS]
Apa itu SBS? SBS merupakan gejala-gejala yang muncul di tempat tinggal atau tempat anda bekerja. Semakin lama individu tersebut meluangkan masa di dalam bangunan tersebut, semakin parah gejala yang dialami. Gejala-gejala yang akan dialami adalah seperti, sakit kepala, pening, bersin, tekak kering dan juga masalah pernafasan. Satu kajian telah dilakukan di Malaysia dan telah mendapati bahawa jika sistem pengudaraan ditingkatkan bagi bangunan pejabat yang biasa, ianya mampu mengurangkan Sindrom Bangunan Sakit ini. (Sumber : Global Journal of Health Science)


*Gambar hiasan


Mengapa Semua ini Terjadi?
Apabila kita bernafas di dalam udara yang dikitar semula, bermakna kita bernafas kuman yang dikitar semula, jadi apabila terdapat seseorang yang kurang sihat, maka satu pejabat mungkin akan mendapat sakit yang sama. Sistem penghawa dingin, malangnya, menyebarkan kuman merata-rata dengan lebih cepat. Bukan itu sahaja, di Malaysia, saluran yang disambung dengan unit penghawa dingin mengandungi Fungus dan juga pembiakan bakteria, dimana ianya berkemungkinan besar merupakan penyebab Sindrom Bangunan Sakit. Saluran ini (dimana tidak selalu dibersihkan mengikut jadual) mengumpulkan Fungus dan juga lain-lain pertumbuhan boleh menjadi banyak di dalam saluran bangunan lama. Kotoran yang terdapat di dalam saluran termasuklah serangga mati, bahan buangan lipas, dan habuk.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada mereka di luar sana. Jadi anda mesti tertanya-tanya jika penggunaan penghawa dingin mampu memudaratkan kesihatan kita, apa penyelesaian tanpa menggunakan penghawa dingin?

Untuk tahu caranya KLIK SINI

Sunday, February 24, 2019

Mengurangkan Heat-gain dan Heat-loss

Anda mesti tertanya-tanya apa itu Heat-gain dan juga Heat-loss. Bagi mereka yang belum tahu apakah itu heat-gain dan juga apa itu heat-loss, teruskan membaca kerana kami akan menerangkan secara ringkas agar anda mudah faham.


Contoh heat-gain dan juga heat-loss

Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas, kita boleh lihat di sebelah kiri merupakan contoh heat-gain iaitu haba panas yang diterima masuk ke dalam ruangan rumah anda. Kemudian, di sebelah kanan merupakan contoh heat-loss iaitu haba panas yang hilang daripada ruangan rumah anda.

Di Malaysia, heat-gain merupakan satu masalah yang dihadapi oleh semua, tidak kira rumah anda mewah mahupun rumah biasa. Masalah ini diselesaikan dengan penggunaan penghawa dingin dan sekaligus meningkatkan kadar penggunaan elektrik pada sesebuah rumah hanya untuk menurunkan suhu di dalam rumah.

Manakala, heat-loss pula penting bagi penduduk di luar negara yang mempunyai empat musim. Pada musim sejuk, mereka ingin mengekalkan haba panas yang dihasilkan melalui mesin pemanas mereka di dalam ruangan rumah mereka. Ini kerana pada musim sejuk, suhu di luar rumah mereka boleh mencecah sehingga suhu negatif.

Jadi, dengan pemasangan Cellulose Fiber ini, anda mampu mengurangkan heat-gain daripada masuk ke dalam ruangan rumah anda sekaligus menjimatkan penggunaan penghawa dingin. Kami tidak berkata anda tidak memerlukan penghawa dingin, namun, selepas pemasangan Cellulose Fiber ini, penggunaan penghawa dingin akan berkurangan. Ini kerana Cellulose Fiber boleh mengekalkan suhu di dalam ruangan rumah anda.

Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua yang membaca. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh pergi ke Facebook page kami DI SINI

Kami sedang menawarkan harga PROMOSI! kepada 10 orang yang terawal sahaja..
Jadi jangan lepaskan peluang ini!!
Jika anda ingin membuat tempahan boleh KLIK DISINI

Sehingga kita bertemu kembali di post yang akan datang.



Thursday, February 21, 2019

Rintangan Api yang Tinggi

Cellulose Insulation merupakan produk yang diperbuat daripada kertas. Tetapi ianya mempunyai ketahanan api yang amat tinggi. Selain menebat haba, ianya kalis api dan tidak mudah terbakar walaupun terdedah dengan sumber api yang berterusan.

Cellulose Fiber ini mengandungi 75% kertas, Boric Acid dan juga beberapa bahan kimia yang tidak membahayakan kesihatan. 

Mengapa menggunakan Boric Acid? Ini kerana, Boric Acid ini mampu menjadikan Cellulos Fiber ini mempunyai ketahanan api selain daripada menghalang daripada serangga perosak.

Cellulose Fiber telah pun mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai bahan kalis api kelas "O". Ini membuktikan bahawa, Cellulose Fiber ini mampu memberikan rintangan api yang amat tinggi.

Di bawah merupakan ujikaji yang dilakukan oleh jurutera perlindungan api dalam membandingkan tiga struktur yang berbeza penebat. Mari sama-sama kita saksikan.



Sumber : The Big Burn

Adakah anda masih tidak percaya? Dengan menggunakan Cellulose Fiber di dalam rumah anda, anda mampu memanjangkan masa kebakaran dan memberi masa bagi pasukan Bomba untuk hadir dan memadamkan api yang membakar rumah anda.

Keputusan berada di tangan anda, jadi buatlah keputusan yang mampu membuatkan anda dan keluarga berasa lebih selamat.

Sehingga kita bertemu kembali di post yang akan datang. Dan jangan lupa Follow kami di Facebook untuk gambar-gambar serta video yang menarik dan anda boleh terus PM kami jika terdapat sebarang persoalan.

Wednesday, February 20, 2019

Sifat Cellulose Insulation (Penebat Selulosa) Bahagian 2

Bertemu kembali, kali ini admin akan menyediakan sifat yang seterusnya yang ada pada Cellulose Insulation. Pada post yang lepas, kita sempat mengkaji mengenai ketumpatan dan pemendapan Cellulose Insulation. Bagi topik yang seterusnya, ianya mengenai haba ataupun thermal.

2. Sifat haba atau Thermal properties

Walaupun nilai untuk pengaliran haba bagi Cellulose Fiber dalam lingkungan 0.040 W/mK, tetapi sifat dan juga prestasi Cellulose Fiber berbeza-beza bergantung kepada pihak pengeluar dan juga cara pemasangan.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Y.C. Kwon dan D.W. Yarbrough, mereka membuat perbandingan Cellulose Fiber di antara pengeluar daripada Amerika Syarikat (USA) dan juga pengeluar daripada negara Korea. Hasil kajian yang mereka temui adalah perbezaan sumber surat khabar yang berkualiti mampu memberi kesan terhadap prestasi haba. Memandangkan Cellulose Fiber adalah hygroscopic (kecenderungan untuk menyerap kelembapan), maka penyerapan kelembapan mampu memberi kesan ke atas nilai pengaliran haba.

Menurut Tye dan Spinney, mereka membuat kajian mengenai pemasangan isian longgar Cellulose Fiber di atas syiling dan juga pembinaan dinding adalah tertakluk kepada kitaran kecerunan haba dan kelembapan.


Pengaliran haba meningkat bersama kandungan kelembapan penebat Cellulose Fiber
Sumber : A review on the properties of  Cellulose Fiber Insulation by Pablo Lopez Hurtado, Antoine Rouilly, etc.


Melalui rajah ini kita boleh lihat bahawa pengaliran haba akan meningkat jika kandungan kelembapan meningkat, namun, Cellulose Fiber merupakan produk yang mampu menghalang kelembapan daripada terserap sekaligus menghalang kulat serta menjadi penebat haba yang baik untuk menyejukkan rumah anda.

Sekian buat setakat ini, terdapat info-info yang menarik pada post yang akan datang. Jika anda tidak ingin tertinggal maklumat ini, anda boleh follow facebook page kami, kami akan mengemas kini mengenai blog kami.

Sumber : A review on the properties of  Cellulose Fiber Insulation by Pablo Lopez Hurtado, Antoine Rouilly, etc.





Monday, February 18, 2019

Sifat Cellulose Insulation (Penebat Selulosa)

Post kita pada kali ini, kita akan masuk bab-bab teknikal sedikit kerana ianya amat penting untuk kita mengetahui apakah sifat yang terdapat pada Cellulose Insulation. Apabila kita mendengar sesuatu yang baru, semestinya kita akan membuat kajian terlebih dahulu untuk memastikan apa yang di sampaikan adalah betul dan fakta.

Anda jangan risau, kerana di sini kami akan sediakan maklumat yang anda perlukan. Kami akan huraikan satu persatu sifat yang terdapat dalam Cellulose Insulation.

Segala maklumat yang akan disediakan disini adalah berdasarkan kajian admin sendiri, dan sebagai manusia biasa, mungkin admin ada terlepas pandang sesuatu, jadi jika terdapat sebarang kesalahan dalam maklumat yang disediakan, silalah tegur dengan cara yang betul.

Pengunaan Cellulose Insulation yang pertama digunakan adalah di Canada pada tahun 1919. Tetapi, pada 1950 Cellulose Insulation telah dikomersialkan di Amerika Syarikat (USA) dan digunakan bagi pengubahsuaian loteng rumah. Cellulose Insulation menjadi popular pada tahun 1970 akibat peningkatan peminat prestasi tenaga.

Cellulose Insulation adalah penebat yang menggunakan Cellulose Fiber. Cellulose Fiber merupakan bahan yang dikitar semula, dan disebabkan itu ianya menjadi salah satu bahan mesra alam. Sebanyak 75% bahan yang digunakan adalah surat khabar serta kertas yang tidak digunakan lagi. 

Sifat Cellulose Insulation

1. Ketumpatan dan Kemampatan

Apabila kita mengendalikan fiber yang kurang tumpat, adalah sangat penting bagi kita membezakan antara ketumpatan "ditiup" dan ketumpatan "direka" fiber tersebut. Ketumpatan tiupan merupakan ketumpatan yang diketahui selepas pemasangan samada secara menegak ataupun melintang manakala ketumpatan direka (dimana kemampatan di ambil kira) ditentukan melalui ujian hentaman dan/atau ujian kitaran kelembapan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bomberg dan Shirtliffe[1], mereka menemui bahawa purata ketumpatan ditiup adalah 34.8 kg/m³ untuk aplikasi secara melintang. Purata kehilangan ketebalan akibat pemendapan adalah 21.5% dimana 10.5% adalah daripada ujian hentaman dan 11% lagi daripada ujian kitaran kelembapan. Ketumpatan direka boleh dikira dengan menggunakan faktor pendaraban yang mengambil kira kedua-dua jenis pemendapan.

Dd = (100/(100-S))Di                                                       Eq.[1]

Dimana Dd merupakan ketumpatan yang direka, Di pula merupakan ketumpatan setelah dipasang dan S merupakan hasil tambah kedua-dua jenis pemendapan iaitu ujian hentaman dan ujian kitaran kelembapan.

Sebuah kaji selidik dilakukan ke atas 38 buah rumah daripada enam bandar di Canada menunjukkan pemendapan sebenar selepas dipasang selama setahun, dan ianya mempunyai purata sebanyak 11.1% dengan kadar 8.3%. Menurut kajian, ianya mencadangkan ketumpatan ditiup yang diukur di dalam makmal perlu didarab dengan faktor 1.074 untuk mengambil kira perbezaan ukuran antara makmal dan tapak pembinaan. Kemudian dikira dengan menggunakan Eq.[1] serta menggunakan purata pemendapan iaitu 11.1%.

Kajian awal yang dilakukan oleh Bomberg dan Solvason[2] menunjukkan bahawa kemampatan yang telah dipasang berbeza-beza antara 50 dan 90 kg/m³. Ianya disyorkan untuk meningkatkan ketumpatan sebanyak 10% selepas rongga dinding diisi untuk mengelakkan pemendapan dengan ketumpatan yang minimum iaitu 57 kg/m³. 


Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, ketumpatan ini akan meningkat berdasarkan ketebalan penebat dan juga kelembapan relatif (RH). 

Untuk aplikasi semburan basah, ketumpatan kering Cellulose Insulation telah menunjukkan akan meningkat secara lurus dengan kandungan kelembapan, mempunyai kadaran daripada 39.6 kg/m³ dengan 40% kandungan kelembapan hingga 71.3 kg/m³ dengan 100% kandungan kelembapan. Jika dipasang dengan betul, Cellulose Fiber menggunakan semburan basah tidak akan mendap.

Di post yang akan datang, kami akan berikan maklumat mengenai sifat yang seterusnya.

Sumber : A review on the properties of  Cellulose Fiber Insulation by Pablo Lopez Hurtado, Antoine Rouilly, etc.