Monday, February 18, 2019

Sifat Cellulose Insulation (Penebat Selulosa)

Post kita pada kali ini, kita akan masuk bab-bab teknikal sedikit kerana ianya amat penting untuk kita mengetahui apakah sifat yang terdapat pada Cellulose Insulation. Apabila kita mendengar sesuatu yang baru, semestinya kita akan membuat kajian terlebih dahulu untuk memastikan apa yang di sampaikan adalah betul dan fakta.

Anda jangan risau, kerana di sini kami akan sediakan maklumat yang anda perlukan. Kami akan huraikan satu persatu sifat yang terdapat dalam Cellulose Insulation.

Segala maklumat yang akan disediakan disini adalah berdasarkan kajian admin sendiri, dan sebagai manusia biasa, mungkin admin ada terlepas pandang sesuatu, jadi jika terdapat sebarang kesalahan dalam maklumat yang disediakan, silalah tegur dengan cara yang betul.

Pengunaan Cellulose Insulation yang pertama digunakan adalah di Canada pada tahun 1919. Tetapi, pada 1950 Cellulose Insulation telah dikomersialkan di Amerika Syarikat (USA) dan digunakan bagi pengubahsuaian loteng rumah. Cellulose Insulation menjadi popular pada tahun 1970 akibat peningkatan peminat prestasi tenaga.

Cellulose Insulation adalah penebat yang menggunakan Cellulose Fiber. Cellulose Fiber merupakan bahan yang dikitar semula, dan disebabkan itu ianya menjadi salah satu bahan mesra alam. Sebanyak 75% bahan yang digunakan adalah surat khabar serta kertas yang tidak digunakan lagi. 

Sifat Cellulose Insulation

1. Ketumpatan dan Kemampatan

Apabila kita mengendalikan fiber yang kurang tumpat, adalah sangat penting bagi kita membezakan antara ketumpatan "ditiup" dan ketumpatan "direka" fiber tersebut. Ketumpatan tiupan merupakan ketumpatan yang diketahui selepas pemasangan samada secara menegak ataupun melintang manakala ketumpatan direka (dimana kemampatan di ambil kira) ditentukan melalui ujian hentaman dan/atau ujian kitaran kelembapan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bomberg dan Shirtliffe[1], mereka menemui bahawa purata ketumpatan ditiup adalah 34.8 kg/m³ untuk aplikasi secara melintang. Purata kehilangan ketebalan akibat pemendapan adalah 21.5% dimana 10.5% adalah daripada ujian hentaman dan 11% lagi daripada ujian kitaran kelembapan. Ketumpatan direka boleh dikira dengan menggunakan faktor pendaraban yang mengambil kira kedua-dua jenis pemendapan.

Dd = (100/(100-S))Di                                                       Eq.[1]

Dimana Dd merupakan ketumpatan yang direka, Di pula merupakan ketumpatan setelah dipasang dan S merupakan hasil tambah kedua-dua jenis pemendapan iaitu ujian hentaman dan ujian kitaran kelembapan.

Sebuah kaji selidik dilakukan ke atas 38 buah rumah daripada enam bandar di Canada menunjukkan pemendapan sebenar selepas dipasang selama setahun, dan ianya mempunyai purata sebanyak 11.1% dengan kadar 8.3%. Menurut kajian, ianya mencadangkan ketumpatan ditiup yang diukur di dalam makmal perlu didarab dengan faktor 1.074 untuk mengambil kira perbezaan ukuran antara makmal dan tapak pembinaan. Kemudian dikira dengan menggunakan Eq.[1] serta menggunakan purata pemendapan iaitu 11.1%.

Kajian awal yang dilakukan oleh Bomberg dan Solvason[2] menunjukkan bahawa kemampatan yang telah dipasang berbeza-beza antara 50 dan 90 kg/m³. Ianya disyorkan untuk meningkatkan ketumpatan sebanyak 10% selepas rongga dinding diisi untuk mengelakkan pemendapan dengan ketumpatan yang minimum iaitu 57 kg/m³. 


Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, ketumpatan ini akan meningkat berdasarkan ketebalan penebat dan juga kelembapan relatif (RH). 

Untuk aplikasi semburan basah, ketumpatan kering Cellulose Insulation telah menunjukkan akan meningkat secara lurus dengan kandungan kelembapan, mempunyai kadaran daripada 39.6 kg/m³ dengan 40% kandungan kelembapan hingga 71.3 kg/m³ dengan 100% kandungan kelembapan. Jika dipasang dengan betul, Cellulose Fiber menggunakan semburan basah tidak akan mendap.

Di post yang akan datang, kami akan berikan maklumat mengenai sifat yang seterusnya.

Sumber : A review on the properties of  Cellulose Fiber Insulation by Pablo Lopez Hurtado, Antoine Rouilly, etc.      

   


No comments:

Post a Comment