Wednesday, February 20, 2019

Sifat Cellulose Insulation (Penebat Selulosa) Bahagian 2

Bertemu kembali, kali ini admin akan menyediakan sifat yang seterusnya yang ada pada Cellulose Insulation. Pada post yang lepas, kita sempat mengkaji mengenai ketumpatan dan pemendapan Cellulose Insulation. Bagi topik yang seterusnya, ianya mengenai haba ataupun thermal.

2. Sifat haba atau Thermal properties

Walaupun nilai untuk pengaliran haba bagi Cellulose Fiber dalam lingkungan 0.040 W/mK, tetapi sifat dan juga prestasi Cellulose Fiber berbeza-beza bergantung kepada pihak pengeluar dan juga cara pemasangan.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Y.C. Kwon dan D.W. Yarbrough, mereka membuat perbandingan Cellulose Fiber di antara pengeluar daripada Amerika Syarikat (USA) dan juga pengeluar daripada negara Korea. Hasil kajian yang mereka temui adalah perbezaan sumber surat khabar yang berkualiti mampu memberi kesan terhadap prestasi haba. Memandangkan Cellulose Fiber adalah hygroscopic (kecenderungan untuk menyerap kelembapan), maka penyerapan kelembapan mampu memberi kesan ke atas nilai pengaliran haba.

Menurut Tye dan Spinney, mereka membuat kajian mengenai pemasangan isian longgar Cellulose Fiber di atas syiling dan juga pembinaan dinding adalah tertakluk kepada kitaran kecerunan haba dan kelembapan.


Pengaliran haba meningkat bersama kandungan kelembapan penebat Cellulose Fiber
Sumber : A review on the properties of  Cellulose Fiber Insulation by Pablo Lopez Hurtado, Antoine Rouilly, etc.


Melalui rajah ini kita boleh lihat bahawa pengaliran haba akan meningkat jika kandungan kelembapan meningkat, namun, Cellulose Fiber merupakan produk yang mampu menghalang kelembapan daripada terserap sekaligus menghalang kulat serta menjadi penebat haba yang baik untuk menyejukkan rumah anda.

Sekian buat setakat ini, terdapat info-info yang menarik pada post yang akan datang. Jika anda tidak ingin tertinggal maklumat ini, anda boleh follow facebook page kami, kami akan mengemas kini mengenai blog kami.

Sumber : A review on the properties of  Cellulose Fiber Insulation by Pablo Lopez Hurtado, Antoine Rouilly, etc.





No comments:

Post a Comment