Tuesday, January 29, 2019

Penebat Kalis Bunyi

Memperkenalkan produk yang baru masuk di pasaran Malaysia pada masa kini, iaitu Cellulose Insulation (Penebat selulosa). Cellulose insulation merupakan produk yang mampu mengurangkan bunyi bising daripada masuk atau keluar, mampu menghalang haba daripada masuk ke dalam rumah secara terus, serta mempunyai rintangan api yang diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai bahan rintangan api kelas "O".


Disini ingin saya jelaskan tentang kelebihan Cellulose Insulation dalam mengurangkan bunyi dari dalam serta luar rumah anda. 

Sebelum itu, saya akan terangkan kaedah-kaedah Cellulose Insulation ini. Ianya boleh dipasang ke dinding serta atas siling sesebuah rumah. Ianya juga boleh dipasang secara terus ke bumbung rumah dengan kaedah tertentu.

Terdapat tiga kaedah pemasangan yang boleh digunakan iaitu:-

1. Dry Fill
Dry fill merupakan kaedah pemasangan kering yang sering digunakan di bahagian atas siling serta dinding yang mempunyai ruangan kosong di dalam. Kaedah ini hanya menggunakan Cellulose Fiber tanpa apa-apa campuran.

2. Wet Spray
Wet spray pula merupakan kaedah semburan basah yang digunakan untuk pemasangan pada dinding rumah atau kontena. Cellulose Fiber ini akan disembur bersama dengan air. Antara sebab semburan bersama air adalah untuk memastikan Cellulose Fiber yang dipasang melekat di permukaan dinding yang ingin dipasang.

3. Wet Spray (with adhesive)
Wet spray (with adhesive) ini merupakan kaedah yang terakhir dalam pemasangan Cellulose Fiber. Ianya sering digunakan untuk pemasangan Cellulose Fiber secara terus ke bumbung rumah ataupun siling kontena.


Cellulose Insulation vs Fiberglass Insulation
in sound proofing
(Sumber : NationalFiberUSA)

Kelebihan memasang Cellulose Insulation dalam mengurangkan bunyi.

1. PEMASANGAN SECARA MENYELURUH
Cellulose Insulation ini boleh dipasang ke dinding, dalam siling ataupun secara terus ke bumbung sesebuah rumah. Dengan pilihan ini, anda mampu memasang penebat untuk seluruh rumah dan mengurangkan bunyi dengan lebih menyeluruh. Penebat ini hanya mengurangkan bunyi, bukan menghalang bunyi, jadi jangan risau.

2. SISTEM KALIS BUNYI TERSEMBUNYI
Dengan pemasangan Cellulose Insulation, anda tidak akan terganggu dengan penebat ini langsung kerana ianya tersembunyi. Berbeza dengan kaedah kalis bunyi yang menggunakan panel di mana kita mampu melihat bahan tersebut melekat di dinding rumah kita. Walaupun pada masa sekarang, panel kalis bunyi mempunyai pelbagai rekabentuk namun sekali pandang kita tahu bahawa terdapat panel tersebut.

3. MENJIMATKAN KOS
Ini berlaku kerana, dengan pemasangan penebat untuk rumah, anda mendapat bahan kalis bunyi secara tidak langsung. Setiap rumah dan bangunan memerlukan penebat bagi menghalang haba daripada menembusi masuk ke dalam rumah atau bangunan. Jika anda tidak memasang Cellulose Insulation, anda perlu memasang penebat rumah dan bahan kalis bunyi secara berasingan. Tetapi, jika anda memasang Cellulose Insulation, dengan satu bahan sahaja, ianya mampu menahan haba, mempunyai rintangan api serta yang paling penting adalah mengurangkan bunyi bising. Dengan pemasangan Cellulose Insulation ini, ianya mampu mengurangkan bunyi sebanyak 17 decibels dengan hanya setebal 25mm sahaja.

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada anda mengenai Cellulose Fiber yang digunakan sebagai penebat. Satu bahan mempunyai banyak kelebihan dan kegunaan.

Banyak lagi maklumat akan kami berikan, jumpa anda di post yang akan datang.


Sunday, January 27, 2019

Kenapa Harus Memilih Cellulose Insulation (Penebat Selulosa)



Penebat merupakan elemen penting bagi sesebuah rumah atau bangunan. Bergantung kepada jenis penebat yang dipasang ke dalam sesebuah bangunan, bangunan tersebut akan menghasilkan keselesaan yang berlainan. Setiap bangunan mempunyai fungsi yang berbeza-beza, dan kesesuaian penebat amatlah penting. Sebagai contoh, Malaysia merupakan negara yang hanya mempunyai dua musim iaitu musim panas dan musim hujan, maka keselesaan sesebuah bangunan amat bergantung kepada penebat yang dipasang.


Berikut adalah sebab mengapa anda perlu memilih penebat selulosa
berbanding penebat yang lain:-



1. ECO-FRIENDLY

Apa yang dimaksudkan eco-friendly? Eco-friendly bermaksud
penggunaan bahan yang tidak menjejaskan alam sekitar atau lebih dikenali sebagai bahan mesra alam. Penebat selulosa ini merupakan produk yang mesra alam dimana ianya dihasilkan dengan menggunakan kertas sebagai bahan utama. Penebat selulosa ini menggunakan 75% kertas dan selebihnya adalah bahan bagi meningkatkan ketahanan api serta bahan bagi menghindarkan serangga perosak. Tiada bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan digunakan dalam penebat ini. Dengan kadar pembuangan sampah kertas, kita mampu mengitar semula kertas-kertas terbuang serta surat khabar yang tidak terjual untuk dijadikan sebagai penebat yang akan digunakan di dalam setiap bangunan yang ada di Malaysia. Teknologi ini telah pun lama wujud tetapi pada masa ini, ianya baru menembusi ke pasaran Malaysia.



2. MAMPU MENJIMATKAN ELEKTRIK

Bagaimana penebat selulosa mampu menjimatkan elektrik? Dengan pemasangan penebat selulosa, ianya mampu meghadkan kemasukan haba ke dalam bangunan sekaligus mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin. Alat penghawa dingin merupakan alatan yang meningkatkan bil elektrik sesebuah bangunan berkali ganda berbanding bangunan yang tidak menggunakan alat penghawa dingin. Di Malaysia, kebanyakan penduduk memiliki alat penghawa dingin bagi menyejukkan bangunan kerana itu merupakan salah satu cara bagaimana untuk mengurangkan haba daripada sesebuah bangunan. Kini terdapat penyelesaian yang diperkenalkan di Malaysia iaitu Penebat Selulosa.

Sumber : Google Images

3. MAMPU MENGURANGKAN BUNYI
BISING

Penebat selulosa,merupakan satu penebat yang bukan sahaja menjimatkan elektrik, tapi ianya juga mampu mengurangkan sebarang bunyi bising yang tidak diingini. Selalunya, bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan jalan raya, akan selalu terganggu dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang berdekatan dengan rumah. Dengan pemasangan penebat selulosa, tiada lagi bunyi kenderaan yang mampu mengganggu kediaman anda. Penebat selulosa hanya mengurangkan bunyi bising, bukan menghalang bunyi. Bermaksud anda masih boleh mendengar bunyi-bunyian di luar tetapi dengan kadar yang berkurangan. Penebat selulosa ini mampu mengurangkan bunyi sebanyak 17 decibels dengan 25mm tebal penebat.

Sumber : Google Images


4. RINTANGAN API YANG TINGGI


Penebat selulosa merupakan bahan yang telah diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Keselamatan sebagai bahan kalis api Class ‘O’. Dimana pengiktirafan ini, menunjukkan bahawa penebat selulosa ini telah diuji dan berjaya bertahan ujian yang dilakukan. Fiber selulosa ini tidak akan terbakar dan merebak walaupun terkena sumber api yang berterusan. Dengan pemasangan penebat ini, ianya mampu meningkatkan masa bagi sesebuah bangunan itu daripada dijilat api. Penebat selulosa ini telahpun dirawat dengan menggunakan boric acid agar ianya kalis api dan benar-benar tahan. 



Sumber : Google Images


5.TIDAK RISAU AKAN PENYELENGGARAAN

Bagi penebat lain, ianya mempunyai proses penyelenggaraan yang harus dijalani selepas beberapa tahun. Penyelenggaraan ini harus dilakukan bagi menggantikan penebat sedia ada yang telah digunakan bertahun-tahun kepada penebat yang baru ataupun penebat itu telah rosak. Tetapi bagi penebat selulosa, setiap pelanggan kami akan diberikan jaminan bahawa produk kami akan bertahan selama 10 tahun yang akan datang.



6. MENCEGAH SERANGGA PEROSAK


Terdapat campuran kimia di dalam selulosa ini yang membuatkan penebat selulosa ini menghalang serangga perosak. Boric acid ini telah pun digunakan sebagai racun serangga perosak sejak 1948. Kebanyakkan serangga perosak seperti lipas, semut dan anai-anai selalu membiak di dalam bahagian dinding rumah jadi dengan menggunakan penebat selulosa ini ianya mampu mencegah serangga perosak daripada membiak.


Sumber : Google Images





KESIMPULAN

Selepas membaca, anda semua pasti perasan bahawa perkataan boric acid selalu digunakan. Ini kerana penebat yang digunakan mempunyai campuran boric acid bagi meningkatkan ketahanan dari segi kalis api serta mencegah serangga perosak dan pembentukan kulat. Walaupun penebat ini menggunakan boric acid, tetapi campuran yang digunakan adalah tidak membahayakan kesihatan mana-mana pengguna.
 

Akhir kata, penebat selulosa merupakan teknologi yang baru di Malaysia, tetapi teknologi ini telah pun digunakan di luar negara sejak berpuluh tahun lepas lagi. Produk ini amat berkesan dalam mengawal suhu dalam bangunan serta menjimatkan kadar elektrik bagi sesebuah bangunan. Dengan pemasangan penebat selulosa ini juga, anda akan dapat mengurangkan segala bunyi yang tidak diingini daripada masuk ke dalam rumah dan bangunan anda.


Sertai mereka yang telah memasang penebat selulosa dan menjimatkan kadar elektrik kediaman mereka.


Thursday, January 3, 2019

Apa itu Cellulose Insulation?


    Selamat Sejahtera. Kami dari SSR Insulation Resources ingin memperkenalkan produk istimewa yang WAJIB digunakan pada kediaman rumah anda iaitu Cellulose Insulation (Penebat Selulosa).



    Penebat Selulosa adalah satu produk mesra alam yang baru dalam pasaran Malaysia . Penebat selulosa berpotensi untuk memberi keselesaan, mengurangkan haba, mengurangkan bunyi, menutup ronga pada lubang, tidak mudah terbakar serta dapat menjimatkan bil utiliti.



Dengan Teknologi Hijau & Penebat Selulosa yang  Mesra Alam Dapat  Menjadikan kediaman anda lebih Selesa Serta Dapat Menjimat 70% Bil Utiliti Rumah Anda.


Masih banyak maklumat yang kami akan sampaikan tentang penebat selulosa ini. Jadi untuk post yang seterus kami akan ceritakan dengan lebih mendalam mengenai bahan kami.




“Care of building, your comfort is our priority”

Untuk Pengetahuan Tentang Rumah Kontena DiMalaysia?
 Sila Click Link Dibawah
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇