Penebat merupakan elemen penting bagi sesebuah rumah
atau bangunan. Bergantung kepada jenis penebat yang dipasang ke dalam sesebuah
bangunan, bangunan tersebut akan menghasilkan keselesaan yang berlainan. Setiap
bangunan mempunyai fungsi yang berbeza-beza, dan kesesuaian penebat amatlah
penting. Sebagai contoh, Malaysia merupakan negara yang hanya mempunyai dua
musim iaitu musim panas dan musim hujan, maka keselesaan sesebuah bangunan amat
bergantung kepada penebat yang dipasang.
Berikut adalah sebab mengapa anda perlu memilih
penebat selulosa
berbanding penebat yang lain:-
1. ECO-FRIENDLY
Apa yang dimaksudkan eco-friendly? Eco-friendly
bermaksud
penggunaan bahan yang tidak menjejaskan alam sekitar atau lebih dikenali sebagai bahan mesra alam. Penebat selulosa ini merupakan produk yang mesra alam
dimana ianya dihasilkan dengan menggunakan kertas sebagai bahan utama. Penebat
selulosa ini menggunakan 75% kertas dan selebihnya adalah bahan bagi
meningkatkan ketahanan api serta bahan bagi menghindarkan serangga perosak. Tiada
bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan digunakan dalam penebat ini. Dengan
kadar pembuangan sampah kertas, kita mampu mengitar semula kertas-kertas
terbuang serta surat khabar yang tidak terjual untuk dijadikan sebagai penebat
yang akan digunakan di dalam setiap bangunan yang ada di Malaysia. Teknologi
ini telah pun lama wujud tetapi pada masa ini, ianya baru menembusi ke pasaran
Malaysia.
2. MAMPU MENJIMATKAN ELEKTRIK
Bagaimana penebat selulosa mampu menjimatkan elektrik?
Dengan pemasangan penebat selulosa, ianya mampu meghadkan kemasukan haba ke
dalam bangunan sekaligus mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin. Alat
penghawa dingin merupakan alatan yang meningkatkan bil elektrik sesebuah
bangunan berkali ganda berbanding bangunan yang tidak menggunakan alat penghawa
dingin. Di Malaysia, kebanyakan penduduk memiliki alat penghawa dingin bagi
menyejukkan bangunan kerana itu merupakan salah satu cara bagaimana untuk
mengurangkan haba daripada sesebuah bangunan. Kini terdapat penyelesaian yang
diperkenalkan di Malaysia iaitu Penebat Selulosa.
3. MAMPU MENGURANGKAN BUNYI
BISING
Penebat selulosa,merupakan satu penebat yang bukan sahaja menjimatkan elektrik, tapi ianya juga mampu mengurangkan sebarang bunyi bising yang tidak diingini. Selalunya, bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan jalan raya, akan selalu terganggu dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang berdekatan dengan rumah. Dengan pemasangan penebat selulosa, tiada lagi bunyi kenderaan yang mampu mengganggu kediaman anda. Penebat selulosa hanya mengurangkan bunyi bising, bukan menghalang bunyi. Bermaksud anda masih boleh mendengar bunyi-bunyian di luar tetapi dengan kadar yang berkurangan. Penebat selulosa ini mampu mengurangkan bunyi sebanyak 17 decibels dengan 25mm tebal penebat.
4. RINTANGAN API YANG TINGGI
Penebat selulosa merupakan bahan yang telah diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Keselamatan sebagai bahan kalis api Class ‘O’. Dimana pengiktirafan ini, menunjukkan bahawa penebat selulosa ini telah diuji dan berjaya bertahan ujian yang dilakukan. Fiber selulosa ini tidak akan terbakar dan merebak walaupun terkena sumber api yang berterusan. Dengan pemasangan penebat ini, ianya mampu meningkatkan masa bagi sesebuah bangunan itu daripada dijilat api. Penebat selulosa ini telahpun dirawat dengan menggunakan boric acid agar ianya kalis api dan benar-benar tahan.
5.TIDAK RISAU AKAN PENYELENGGARAAN
Bagi penebat lain, ianya mempunyai proses penyelenggaraan yang harus dijalani selepas beberapa tahun. Penyelenggaraan ini harus dilakukan bagi menggantikan penebat sedia ada yang telah digunakan bertahun-tahun kepada penebat yang baru ataupun penebat itu telah rosak. Tetapi bagi penebat selulosa, setiap pelanggan kami akan diberikan jaminan bahawa produk kami akan bertahan selama 10 tahun yang akan datang.
6. MENCEGAH SERANGGA PEROSAK
Terdapat campuran kimia di dalam selulosa ini yang membuatkan penebat selulosa ini menghalang serangga perosak. Boric acid ini telah pun digunakan sebagai racun serangga perosak sejak 1948. Kebanyakkan serangga perosak seperti lipas, semut dan anai-anai selalu membiak di dalam bahagian dinding rumah jadi dengan menggunakan penebat selulosa ini ianya mampu mencegah serangga perosak daripada membiak.
![]() |
| Sumber : Google Images |
KESIMPULAN
Selepas membaca, anda semua pasti perasan bahawa perkataan boric acid selalu digunakan. Ini kerana penebat yang digunakan mempunyai campuran boric acid bagi meningkatkan ketahanan dari segi kalis api serta mencegah serangga perosak dan pembentukan kulat. Walaupun penebat ini menggunakan boric acid, tetapi campuran yang digunakan adalah tidak membahayakan kesihatan mana-mana pengguna.
Akhir kata, penebat selulosa merupakan teknologi yang
baru di Malaysia, tetapi teknologi ini telah pun digunakan di luar negara sejak
berpuluh tahun lepas lagi. Produk ini amat berkesan dalam mengawal suhu dalam
bangunan serta menjimatkan kadar elektrik bagi sesebuah bangunan. Dengan
pemasangan penebat selulosa ini juga, anda akan dapat mengurangkan segala bunyi
yang tidak diingini daripada masuk ke dalam rumah dan bangunan anda.
Sertai mereka yang telah memasang penebat selulosa dan
menjimatkan kadar elektrik kediaman mereka.




No comments:
Post a Comment