Sebelum itu, saya akan terangkan kaedah-kaedah Cellulose Insulation ini. Ianya boleh dipasang ke dinding serta atas siling sesebuah rumah. Ianya juga boleh dipasang secara terus ke bumbung rumah dengan kaedah tertentu.
Terdapat tiga kaedah pemasangan yang boleh digunakan iaitu:-
1. Dry Fill
Dry fill merupakan kaedah pemasangan kering yang sering digunakan di bahagian atas siling serta dinding yang mempunyai ruangan kosong di dalam. Kaedah ini hanya menggunakan Cellulose Fiber tanpa apa-apa campuran.
2. Wet Spray
Wet spray pula merupakan kaedah semburan basah yang digunakan untuk pemasangan pada dinding rumah atau kontena. Cellulose Fiber ini akan disembur bersama dengan air. Antara sebab semburan bersama air adalah untuk memastikan Cellulose Fiber yang dipasang melekat di permukaan dinding yang ingin dipasang.
3. Wet Spray (with adhesive)
Wet spray (with adhesive) ini merupakan kaedah yang terakhir dalam pemasangan Cellulose Fiber. Ianya sering digunakan untuk pemasangan Cellulose Fiber secara terus ke bumbung rumah ataupun siling kontena.
Cellulose Insulation vs Fiberglass Insulation
in sound proofing
(Sumber : NationalFiberUSA)
Kelebihan memasang Cellulose Insulation dalam mengurangkan bunyi.
1. PEMASANGAN SECARA MENYELURUH
Cellulose Insulation ini boleh dipasang ke dinding, dalam siling ataupun secara terus ke bumbung sesebuah rumah. Dengan pilihan ini, anda mampu memasang penebat untuk seluruh rumah dan mengurangkan bunyi dengan lebih menyeluruh. Penebat ini hanya mengurangkan bunyi, bukan menghalang bunyi, jadi jangan risau.
2. SISTEM KALIS BUNYI TERSEMBUNYI
Dengan pemasangan Cellulose Insulation, anda tidak akan terganggu dengan penebat ini langsung kerana ianya tersembunyi. Berbeza dengan kaedah kalis bunyi yang menggunakan panel di mana kita mampu melihat bahan tersebut melekat di dinding rumah kita. Walaupun pada masa sekarang, panel kalis bunyi mempunyai pelbagai rekabentuk namun sekali pandang kita tahu bahawa terdapat panel tersebut.
3. MENJIMATKAN KOS
Ini berlaku kerana, dengan pemasangan penebat untuk rumah, anda mendapat bahan kalis bunyi secara tidak langsung. Setiap rumah dan bangunan memerlukan penebat bagi menghalang haba daripada menembusi masuk ke dalam rumah atau bangunan. Jika anda tidak memasang Cellulose Insulation, anda perlu memasang penebat rumah dan bahan kalis bunyi secara berasingan. Tetapi, jika anda memasang Cellulose Insulation, dengan satu bahan sahaja, ianya mampu menahan haba, mempunyai rintangan api serta yang paling penting adalah mengurangkan bunyi bising. Dengan pemasangan Cellulose Insulation ini, ianya mampu mengurangkan bunyi sebanyak 17 decibels dengan hanya setebal 25mm sahaja.
Semoga maklumat ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada anda mengenai Cellulose Fiber yang digunakan sebagai penebat. Satu bahan mempunyai banyak kelebihan dan kegunaan.
Banyak lagi maklumat akan kami berikan, jumpa anda di post yang akan datang.
Semoga maklumat ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada anda mengenai Cellulose Fiber yang digunakan sebagai penebat. Satu bahan mempunyai banyak kelebihan dan kegunaan.
Banyak lagi maklumat akan kami berikan, jumpa anda di post yang akan datang.
Bahan ni sama dengan foam spray KE?
ReplyDeleteMaaf kerana lambat balas...Bahan ini tidak sama dengan Foam Spray. Tetapi cara memasangnya agak sama iaitu dengan menyembur.
DeleteUntuk syiling apa saiz penebat dan harga ?
ReplyDelete